Monday, November 28, 2011

sebulan bercuti di kampung

assalamualaikum... haii mood ak skang nih dlm keadaan gembira huhu yelah ne x gmbre dah blik kmpung beb!! dok ngan family lak tuu adooaiii bestt nyee huhuhu tp dlm sblan tu ad gak yg ak jmu.. xad bwt ap pon kt umah humm ak cbe cri kje lah ap lah..ad je dpt tp mak ak lah plk x bg adooiii sedeh nyee :'( humm ap blh bwat anak kesayangan haha.... last2 tu dpat lah stu kje kne tolong mak ak pnye koprasi sekolah dewang meniaga.. makk aii pnye lah letih wlaupon 3 hari an..kne diri jerr pg2 dah dtng tok kmas2 kedai ya allah azab nye mak aii tuhan je yg twu...ak wat kje nih ngn kwan ak ( siti azifah ) ahah sian dye...di saat itu ak mle bjnji ngn dri ak.. ak dah x nk kje mcm nih lg penatt siiottt !!! bdiri je 24 jam x blh nk ddk..ddk je jap g ad je owng nk dtng adoiii... tapi pmbkar semngat ad kat depan kedai ak perghh mamat ensem lak ad kat depan hahaha adoii semnmgat lah pnye hall... itu lahhh kesudahan nyee bjye lah jgk ak abeskan kje ak slme 3 hary...

Thursday, October 20, 2011

Dugaan demi dugaan

bismillahhirrahmanirrahim , first of all i want to share about my feelings... sy dh x tawu nk  kte ap lg dngn khidupan hrian sy nih , mcm2 dugaan yg dibrikan olh nye kpd sy... smpai sy dah x than sngat ase mcm nk nangis bkali2 setiap hary sy mngalirkan air mte... knp khidupan sy mcm nih?? knp x mcm orng lain.. happy, sharing, klau nk ckp tntng simle tu jgn ckp lah tiap2 hry sy snyum untuk hlngkan asa sdeh sy tu.... tp tu lah.... huhhhhhh.. knp lah x mreka x pham dngan setiap pkataan yg sy ckp dkat mreka..setiap nasihat yg sy brikan knp??? sye ase nk nangis mcm nih... sy rngsing pkir msal itu, ini, bnyk msalah yg sy pkirkan smpaikan kdng2 plajaran sy tabai.. :'( sy dh letih dngan pmainan mcm nih..sy btol2 ttkan.. knp dye x pham?? sy x pkse dye bwt itu ini.. tp sy nk dye jg sorng yg responsibility.. ssh sngat ke nk dngar
???? ya allah... sy dh x snggup untuk mnmpuhi smue dugaan nih....

SEBAGAI PERINGATAN KEPADA WANITA FESYEN TUDUNG MENYERUPAI RAHIB WANITA KRISTIAN










Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

TAPI CUBA BACA PULA YG INI:

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Soalan; Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.

Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung;

[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:18 PM

CUMA MEMBERI INGATAN

BILA PEREMPUAN MENANGIS

                                                




Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...







Thursday, July 21, 2011

Siapa Yang Rampas Cintamu


Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku



    

tidak mengerty apa kata haty

assalamualaiku, ya allah ya tuhan ku sekian lama aku tidak membuka blogger ini untuk meluahkan segala kekusutan yang penuh didalam fikiran ini...bertambah bnyak masalah yang membuatkan aku sakit hati.aku tidak faham dengan masalah yang semakin menjadi tanda tanya kepada ku...semua nye berlaku dengan cepat..bende nih berlaku selepas aku balik dari kampung cuti sem..semuenye jadi macam tidak kene..aku semakin hilang kepercayaan kepada kaum adam...ya allah kau lindungi lah aku dari kembali kezaman kejahilan aku..ya allah sengguhnya aku tidak mampu untuk melawan segala yang berlaku ke atas diriku.mungin cinta yang aku cari selama ini belum ku temui sebab itu lah jadi macam-macam keatas aku..ya allah ya tuhanku seandainya tidak ada jodoh lagi antara aku dengan dye..kau lepaskan lah dye ya allah..aku dah lemah dah nak lawan semuanya..dari aku bersabar sakit haty , tahan segala kemarahan aku yang terbuku dalam dada ini... n than aku membalas deendam..kau lepaskan lah dia ya allah kau satukan lah mereka ya allah...wlaupun aku syang kan dye tpi aku ase mcm 22 sudah xad prasaan, yang ad hnya lah perbalahan..xmcam dulu..slalu ketawa,graw senda,skrang ap pon xad... dah xmcm dlu...tapi xpe asalkan dye bahagia sudah cukup bagi aku..huhuhu :) ape yang berlaku ak anggap ad hikmah disebalik jeadian... al hamdulillah ak dpat sembunyikkan segala kesediha aku dari dye,segala kekecewaan aku pada dia... ini yang ak harapkan....kadang2 aku rse mcm xpercaye dkat lelaki..dah bnyak kali ak kne main prasaan mcm nih..sampai satu tahap ak membalas dendam kembali kpd mereka...saat itu lah ak tutup pintu haty ku kpd lelaki...ak xnak bnde nih blaku kmbali dalam hidup aku......ak xnak..tp knp bnde nih blaku kmbali!!!!!!!!!!!!!! ak xske lah...kknp ak je kne mngalah..knp ak jew kne faham keadaan mereka sdangkan mereka??hum... sedeh ble mngenangkan nasib aku....sedehhh sesangat...ya llah andaihya ini adalah cinte terakhir ku..kau tutupkanlah pintu haty ku dari mereka semua ya allah...hanya satu yang aku hajaty didalam haty ku ini...kau makbulkanlah ap yang aku pinta ini..ak xkesah klau haty aku disakiti asalkan mereka bahagia...amin... salam

Tuesday, June 28, 2011

SeKiAn LaMe Ak MeNcArY mU

assalamualikum..ya allah sekian lame ak mncary blog akhirnye ak dpat jgk mnjejakinyew huhu tu pon atas bntuan kawan ak huhu Fatin Firdaus haahah teme qaseh yew...rndu x terkate wehh dengan blog nih humm mcm2 yang ak nak ceritakan tapi....semuenye trbantut coz time ak bkk jew blog xdpat humm mcm ne nih...xap lah t ak cerite kan smuenyew k..ummm ary nih x bape nak sehat lah..ya allah hanye tuhan sje yg tahu ok lah out lu by